30 Oktober 2013

 ......hari ini aku terpaksa cari satu info penting pasal motosikal plakkk ........okeh, ini kat bawah ini pasal cara2 nak jaga motosikal plakkk ........sebab apa aku sejak 3 tahun lepas memang naik motosikal kepejabat sebab aku malas nak bawak kereta (tak payah aku citer sebut je Putrajaya satu alam tahu masalah "parking" adalah masalah utama penduduk disana).......jadi mana2 yg berani tu dan berserah je pada ALLAH atas keselamatan yg orang kata tak berapa nak terjamin kalo bawak motosikal ........."alah, kalo dah sampai ajal tuhan nak ambik nyawa kat mana2 pun akan meninggal dunia jugak !!!!!!! .............jadi ALLAH pun dah kata "berusaha untuk keluar dari masalah itu adalah penting jika berada dalam masalah ..........so kat Putrajaya ni masalah paling utama ialah nak park kereta memasing ........yg kerja kat pejabat lagi le teruk....sapa yang sanggup nak berebut parking kat pejabat tuh kena le bangun awal seawal 6.00pagi utk cari tempat parking keta .....jadi aku dan beberapa wanita lain nya boleh di kira dengan jari memang selalu kelihatan kat jalanraya sekitar Lebuh Perdana Barat dan apa sahaja jalan2 yang ada disana ...........so kat sini aku nak copy paste info ini dari seseorang utk dijadikan bahan bacaan masing-masing kalo ada masa lapang ...

=======================================================================
 
PANDUAN PENJAGAAN MOTOSIKAL

1. Periksa bunga tayar anda sekurang2nya sekali seminggu, pastikan tiada tanda2 luka yg akan menyebabkan tayar pancit, tambah tekanan angin mengikut kadar yg ditetapkan ( untuk kepastian sila rujuk pada tayar anda ) Kebanyakkan tayar pancit disebabkan oleh tekanan udara pd tayar rendah. Seelok2nya periksa tyr setiap kali hndak menunggang dgn selamat, tukar bearing tyr andainya sudah brbunyi.

2. Periksa kedua-dua tayar sekiranya terdapat spoke yg patah atau hilang ( kalau spot rim sila pastikan rim tidak merekah @ serpih ) pastikan juga rim tidak bengkok.

3. Pasang tongkat tengah & pusingkan tayar lihat pergerakkan tayar kalu gelong tu maknanya rim dah bengkok, pastikan tiada bunyi2 yg tak diingini, gerak2kan tayr untk mmastikan tiada bolt @ nut yg longgar. Seandainya ada bunyi pada disc brake anda sila pastikan disc brake tidak gelong semasa dipusingkan, andainya disc tidak gelong sila periksa brake pad anda brkmungkinan sudah haus & perlu ditukar ganti.

4. Periksa cable throttle dengan memastikan pulasan anda itu tidak trasa berat, sekiranya trjadi begitu sila letakkan sedikit bahan pelincir. Kalu cable trasa lembut ja bolehlah anda meleper dengan selamat...he he!!!

5. Periksa sproket anda sekiranya sudah haus @ blm, kalu nampak gigi tajam tu jgn disimpan lagi trus ja ke kedai tukar baru. yg dah haus tu bleh amik jual timbang kati kat kedai besi scrap dpt gak duit untuk minum air tebu secawan..keh keh keh!!, jgn lupa untuk letakkan minyak pelincir setiap seminggu skali sblm memulakan perjalanan.

6. Pastikan tiada bolt atau nut yang hilang kalu hilang cepat2 ganti terutamanya pada bahagian yg mmbantu pergerakkan moto anda seperti tayar, bahagian enjin & bahagian suspension. bahya tu kalu bahagian ni bolt @ nut hilang bahkan boleh juga menghilangkan NYAWA anda!! ini bkn amaran tapi langkah berjaga2...juga pastikan moto anda sntiasa dibasuh supaya senang nak pastikan ada bahgian yg hilang....jgn biarkan moto anda  x dibasuh bertahun2 hitam legam sampai kucing baru nak tenggek trus muntah.

7. Pastikan brake pad anda ditukar bila dah sampai ajalnya...jgn dok KETEGAQ org utara kata ( degil la tu ) tak nak tkr kerana brake pad yg dah trlalu haus menyebabkan brake x cengkam & brkmungkinan brake akan trkunci & tiba2 ja anda bleh buat slide atas jln tnpa disuruh pengetua Sarkas. periksa juga minyak brake sekiranya sudah berkurangan, seelok2nya tukar minyak brake setiap 2 tahun skali.

8. Semak level minyak enjin, gantikannnya bila dah guna melepasi 2,000km, kalau anda btol2 sygkn moto anda sila tkr setiap 1,000km, tambah sekiranya sudah melepasi takat pertengahan, guanakan minyak enjin yg disyorkan jgn pandai2 tambah dgn minyak mesin jahit plak, bila tkr minyak enjin jgn lupa tkr skli dgn penapisnya, tak guna tkr minyak enjin kalu x tkr pnapisnya skali sebab keledak @ sisa2 kotoran masih trlekat pd oil filter yg lama.

9. Periksa suspension hadapan & belakang sendainya terasa longgar sila ketatkan nut, Enjutkan moto anda dengan menekan brake belakang dan hadapan, sekiranya trasa terlalu loose absorber anda sudah tidak boleh digunakan lagi, jika loose pd Fork hadapan sila ganti minyak fork.

10. Ganti spark plug setahun skali, ganti spark plug wire 2 tahun skali.

11. Setiap kali start enjin dgr bunyi enjin dulu jika dgr buyi pelik2 tu bawa ke pusat sevis untuk Periksa & adjust enjin valve @ tepet seelok2nya adjust setahun skali .

12. Ganti penapis udara seelok2nya setahun skali.

17 Oktober 2013

Info utk aku yg akan bersara 14tahun kelakkk

Persiapan Untuk Persaraan PDF Print E-mail
Seorang yang menjalani hidup yang sederhana pun tidak akan mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan dengan selesa selepas bersara. Apabila mengambil kira pelbagai faktor seperti kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana seorang biasa membelanjakan wang mereka, maka hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara.Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, secara purata, tahap celik wang rakyat Malaysia yang menghampiri umur persaraan adalah jauh lebih rendah, manakala sikap terhadap pengurusan kewangan juga didapati kurang memberangsangkan, berbanding dengan statistik bagi rakyat Malaysia daripada kumpulan umur lain.Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh yang lama untuk membayar hutang-hutang mereka, namun mereka terpaksa menyimpan sebahagian daripada duit tersebut sebagai persiapan apabila bersara kelak. Apa yang membimbangkan ialah seseorang itu terpaksa hidup dalam serba kekurangan walaupun sudah mencapai usia tua selain terpaksa menghadapi masalah lain dalam kehidupan mereka.

Perkara-perkara asas dalam merancang persaraan

Walau apa juga perancangan anda, anda hendaklah mengetahui kedudukan kewangan anda sekarang:
  1. Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang?
  2. Berapakah pendapatan bulanan anda?
  3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau sebarang dana persaraan?
  4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan?
  5. Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang?
Selepas menganalisis aset dan tanggungan yang anda miliki sekarang, anggarkan berapa yang anda perlukan dan buat pengubahsuaian berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang. Kemudian anda perlu menetapkan usia persaraan anda – 45, 55, 60, atau 65? Anda bolehlah mengira wang bulanan yang anda perlukan apabila bersara nanti. Persiapan anda untuk bersara hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, kepelbagaian pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan makanan yang seimbang serta aktiviti riadah.Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Walaupun anda mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungi sebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia mungkin tidak meliputi sebarang preskripsi perubatan yang anda perlukan. Kadangkala hanya sesetengah penyakit sahaja yang dilindungi oleh insurans. Oleh itu, persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.

Tempoh persaraan
  1. 1. Mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari pertama anda bekerja. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor inflasi, wang simpanan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi untuk keperluan persaraan nanti. Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji bulanan.
  2. Apabila usia anda semakin meningkat, tambah wang simpanan dalam tabung simpanan persaraan sebanyak beberapa peratus daripada gaji bulanan setiap tahun. Misalnya, sekiranya anda bekerja dalam usia 25 tahun dengan simpanan sebanyak 10 peratus dan anda menentukan untuk meningkatkan duit simpanan sebanyak satu peratus setiap tahun, maka pada usia 26 tahun, anda boleh menyimpan sebanyak 11 peratus daripada gaji. Pada usia 35 tahun pula, anda boleh menyimpan sehingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan anda.
  3. Setiap kali berlaku kenaikan gaji bulanan atau bonus tahunan, masukkan sebahagian daripadanya ke dalam simpanan untuk persaraan.
  4. Di samping menyimpan wang untuk persaraan, buat penilaian terhadap pelaburan anda setiap tahun untuk memastikan bahawa wang pelaburan anda bertambah mengikut pelan persaraan kelak.
Tip-tip persiapan menghadapi persaraan
  1. Mulai daripada awal
    • Lebih awal anda menyimpan duit, lebih banyak masa wang anda akan bertambah. Tetapkan masa yang diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk persaraan sebagai keutamaan. Buat perancangan dan patuhi perancangan tersebut. Tetapkan matlamat bagi perancangan persaraan  untuk diri anda sendiri.
  2. Elak daripada mempunyai risiko yang tinggi terhadap wang persaraan
    • Beberapa jenis risiko yang biasa terjadi terhadap wang persaraan ialah:
      • Defisit.
        • Defisit boleh terjadi akibat tidak mempunyai tabungan yang mencukupi semasa bekerja atau terlalu konservatif dengan pelaburan anda. Apabila melabur dengan terlalu berhati-hati, anda mengalami risiko kekurangan duit apabila bersara nanti.
      • Risiko kehilangan pokok pelaburan.
        • Risiko tersebut disebabkan oleh perubahan atau kenaikan harga dalam tempoh tertentu.
  3. Rancang untuk keperluan jangka panjang
    • Anda perlu merancang untuk menghadapi “kerugian bukan pasaran”, yang disebabkan oleh faktor seperti penjagaan kesihatan dan keperluan jangka panjang, seperti menunaikan haji bagi orang beragama Islam.
  4. Jangkaan hayat anda
    • Jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah 73 tahun. Daripada statistik ini anda dapat mensasarkan jangka hayat kehidupan anda. Pastikan keperluan anda akan meliputi jangkaan usia tersebut, walaupun sekiranya usia anda lebih panjang daripada apa yang anda jangkakan.
  5. Belanjawan apabila persaraan
    • Sesetengah perbelanjaan semasa persaraan mungkin lebih kurang daripada perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang perlu dibayar seharusnya telah berkurangan. Pada umumnya, pinjaman dan gadai janji telah dilangsaikan supaya bayaran pinjaman rumah berkurangan. Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti pengangkutan, pakaian dan sebagainya juga telah berkurangan.
    • Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah, sumbangan, kereta dan insurans harta benda akan meningkat selaras dengan sebarang kenaikan yang berlaku. Perbelanjaan kesihatan dan insurans kesihatan akan meningkat. Kos untuk membuat perjalanan, bercuti dan berhibur akan meningkat kerana masa lapang yang banyak apabila bersara.
  6. Meminjamkan wang
    • Jangan mudah meminjamkan wang kepada rakan dan keluarga. Katakan bahawa penasihat kewangan anda tidak membenarkan anda meminjamkan wang.
  7. Anggarkan berapa banyak wang yang boleh anda keluarkan
    • Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan.
  8. Rancang kesan cukai dan inflasi
    • Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan anda kerana cukai yang dikenakan terhadap pulangan pelaburan. Secara purata inflasi pada kadar 3 peratus setahun sejak beberapa dekad. Ini mungkin tidak terlalu banyak, namun cuba bayangkan jika nilai RM100,000 pada hari ini hanya bernilai RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada kadar inflasi 3 peratus setahun. Dapatkan khidmat penasihat kewangan profesional atau perunding percukaian bagi mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.
  9. Cuba halang sebarang percubaan untuk menggugat akaun persaraan anda
    • Menurut perancang kewangan, dua daripada perkara buruk yang berlaku kepada perancangan persaraan adalah akses internet selama 24 jam kepada akaun dan harga harian.
  10. Nilai pendapatan bulanan persaraan secara realistik.
    • Punca pendapatan semasa persaraan adalah pencen, simpanan KWSP, faedah simpanan tetap, dividen daripada saham syarikat (atau unit amanah) dan jumlah wang yang diterima daripada polisi insurans yang telah matang.
  11. Peraturan pertama tentang simpanan ialah membayar untuk diri anda sendiri.
    • Oleh itu, apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalam tabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan yang lain.
  12. Wujudkan tabung kecemasan yang tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.
  13. Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya, kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda telah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama dengan pembelian rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain.
  14. Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba buat hubungan dan mencari peluang ketika masih bekerja.

16 Oktober 2013

Info utk mereka yg ada anak remaja ...

  Fahami emosi, sikap anak

ALAM remaja menimbulkan seribu satu persoalan bagi kanak-kanak yang baru melangkah ke dunia baru ini. Dalam usia yang masih muda serta masih belum ada arah tuju membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran terutama rakan sebaya. Justeru, tidak hairanlah semakin meningkat dewasa, anak lebih cenderung mengikut kata kawan berbanding ibu bapa sendiri.Ramai ibu bapa bertanya, apakah persediaan mental yang boleh dibekalkan kepada anak yang bakal memasuki alam remaja terutama yang baru hendak melangkah ke sekolah menengah tidak lama lagi? Jawapannya mungkin menjengkelkan. Bukan anak yang memerlukan persiapan mental, sebaliknya ibu bapa sendiri harus bersedia dengan perubahan alam baru yang dialami anak ini.Pensyarah Psikologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Khaidzir Ismail, berkata ibu bapa perlu memahami terlebih dulu perubahan emosi anak bagi memudahkan mereka berdepan dengan pelbagai kerenah si anak yang sedang meningkat remaja.

“Setiap individu melalui tiga alam iaitu alam kanak-kanak bermula daripada bayi sehingga usia 3 tahun. Pada masa ini, mereka bukan diri mereka sebenar. Kemudian mereka beralih ke alam remaja iaitu alam di mana anak mula mengenali diri sebenar. Seterusnya alam ketiga, alam pertengahan usia iaitu orang dewasa yang melalui alam tua,” katanya.Beliau berkata, alam kedua iaitu alam remaja biasanya menjadikan emosi mereka terumbang-ambing. Kajian psikologi mendapati ada perubahan berlaku yang memerlukan ibu bapa memahami kehendak psikologi anak ini.“Misalnya perubahan kepada kehendak seksual iaitu mula hendak berkawan dengan lelaki atau wanita. Pada usia ini juga keinginan untuk berseronok melebihi segala-galanya, Ini bukan sesuatu yang aneh bagi mereka dan ibu bapa tidak boleh menyalahkan anak seratus peratus,” katanya.

Beliau berkata, perubahan ini didorong oleh sistem saraf yang dikawal oleh hormon. Apabila anak meningkat remaja, ibu bapa tidak boleh menganggap anak cukup matang. Kematangan hanya berlaku apabila seseorang itu mencecah usia 24 tahun. Itu sebabnya remaja sering dilihat lebih suka melepak atau keluar bersama rakan untuk bersuka ria. “Pada masa ini, anak mudah tertekan apabila ibu bapa memaksa mereka untuk belajar sedangkan mereka lebih senang berseronok bersama rakan. Justeru, penting bagi ibu bapa memahami dan seterusnya mengawal keadaan ini. Ibu bapa yang tidak faham proses ini biasanya akan menghantar anak menyertai kem motivasi sedangkan itu hanyalah membuang duit saja. Pada masa ini, anak berfikir panjang dan tidak takut kepada risiko,” katanya.Dr Khaidzir berkata, kalau diperhatikan, ibu bapa sering merungut terpaksa mengingatkan anak berpuluh kali tetapi kesilapan sama tetap berulang. Ini kerana, bagi remaja ibu bapa sudah tidak penting lagi berbanding rakan sebaya. Mereka sebenarnya masih mencari-cari identiti sebenar,” katanya.

Beliau mengingatkan ibu bapa bahawa sebelum anak lebih suka mendengar kata rakan sebaya, ibu bapa harus mendekati mereka dengan lebih rapat bermula dari kecil lagi. Hubungan yang terbina sejak kecil ini menjadi tembok yang menghalang mereka daripada mudah terpengaruh dengan unsur luar yang negatif.“Sebaik saja anak pergi menemui rakannya, kepentingan kepada ibu bapa sudah tiada lagi. Justeru, ibu bapa perlu berusaha memastikan tiada jurang yang boleh membenarkan unsur luar mempengaruhi anak.
“Sebagai ibu bapa, apa salahnya menghabiskan paling kurang RM200 semata-mata untuk bersama anak daripada menghabiskannya dengan menghantar mereka ke kem motivasi yang sebenarnya tidak disukai mereka? Sebelum hantar anak ke kem motivasi, ibu bapa sebenarnya terlebih dulu perlu mendapatkan motivasi untuk mendidik anak remaja,” katanya.

Berbanding remaja lelaki, katanya, remaja perempuan matang lebih awal. Anak perempuan biasanya cenderung kepada kecantikan dan lebih menitik beratkan imej tubuh. Perasaan seperti kurang cantik, gemuk, hitam dan sebagainya membuatkan mereka mudah dipengaruhi unsur tidak diingini akibat kurang menghargai diri sendiri.Kajian mendapati daripada 5,000 kes gejala sosial remaja, 1,000 daripadanya membabitkan remaja perempuan yang biasanya datang daripada keluarga kucar kacir seperti ibu bapa bercerai atau suasana pembesaran kurang sesuai. Katanya, ada juga yang datang daripada keluarga teratur tetapi ibu bapa tiada masa untuk mereka melainkan sibuk bekerja setiap hari. “Tekanan dan perubahan emosi yang tidak menentu menyebabkan mereka mudah menunjukkan tingkah laku agresif seperti melawan cikgu, mengikut teman lelaki berlumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya.

“Jati diri yang lemah serta memiliki sifat asertif dari segi komunikasi menjadikan mereka tidak berdaya menolak pelawaan kepada perbuatan kurang sihat seperti merokok, dadah dan sebagainya. Justeru, jati diri perlu dipupuk sedari kecil. Pelajar yang lemah dari segi akademik juga mudah terjebak dengan gejala kurang sihat akibat perasaan rendah diri dan berasa tidak dihargai,” katanya.Justeru beliau berkata, modal insan adalah perkara yang perlu dititik beratkan bermula daripada ibu bapa sendiri. Ia lebih penting daripada menekankan akademik semata mata mahupun perkembangan teknologi yang canggih abad ini.

FAKTA NOMBOR: Gejala sosial

  • 5,000 - Kes
  • 1,000 - Remaja kebanyakannya perempuan
  • 3 - Peringkat pembesaran anak
  • 04 Oktober 2013

    Urat Kaki Bersimpul

    Urat kaki bersimpul

    Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
    norlaila@hmetro.com.my

    Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.Istilah vena varikos diambil daripada perkataan ‘varix’ yang bermaksud simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu arteri dan vena.Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen kembali ke jantung.Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana, Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.

    Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.“Pada peringkat awal, pesakit yang mengalami masalah urat kaki bersimpul biasanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki.

    “Sesetengah pesakit boleh mengesan masalah mereka kerana urat kaki bersimpul ini ada kalanya timbul dan simpulan urat boleh dilihat dengan jelas, terutama pada individu berkulit cerah.“Masalah ini biasanya berlaku pada individu berumur antara 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap dialami wanita (70 peratus). Oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling salur darah tidak mendapat cukup oksigen dan kulit menjadi hilang warna atau menjadi pucat.“Jika injap pada pangkal paha rosak, simpulan urat yang besar dan biru boleh dilihat pada paha tetapi ia lebih jelas pada belakang betis. Pada peringkat lebih teruk, kulit menjadi pucat dan bengkak pada buku lali,” katanya.
    Menurut Dr Lee, punca sebenar masalah urat kaki bersimpul tidak diketahui tetapi pakar percaya beberapa faktor boleh menyebabkan masalah ini iaitu:

  • Faktor keturunan — Individu yang kedua-dua ibu bapa mengalami masalah ini mempunyai peluang 80 peratus mendapat masalah sama dan 50 peratus jika hanya seorang saja (ibu atau bapa) ada masalah ini. Bagaimanapun, ada juga kes (23 peratus) berlaku tanpa sebab yang pasti (tiada kaitan dengan keturunan);
  • Kehamilan — Hampir 70 peratus wanita mengandung mengalami masalah ini. Ini kerana kehamilan meningkatkan aliran darah dalam tubuh, peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan salur darah mengembang dan rahim yang membesar menindih salur darah serta menyekat aliran darah balik ke arah jantung. Namun begitu, usah risau kerana tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini. Bagi wanita yang mengalami vena varikos ketika mengandung, keadaan salur darah beransur pulih selepas tiga bulan bersalin. Namun, masalah ini berulang pada kehamilan seterusnya;
  • Pekerjaan — Biasanya masalah urat kaki bersimpul lebih kerap dialami golongan yang perlu berdiri atau duduk lama ketika bekerja seperti guru dan pekerja kilang. Ini sebabnya kita disaran berhenti rehat dan melakukan senaman ringan atau kerap menukar posisi;
  • Umur dan berat badan. Semakin seseorang itu gemuk, lebih mudahlah masalah urat kaki bersimpul terjadi. Masalah ini juga meningkat pada orang lebih berusia dan menjadi serius jika dibiarkan.

    Gejala
    Masalah vena varikos timbul perlahan-lahan dan proses itu tidak dapat dihentikan. Gejalanya boleh dilihat dengan mudah, sama ada pada paha atau belakang betis; mengikut kedudukan injap bermasalah.Jika injap pada pangkal paha yang bermasalah, urat kaki bersimpul boleh dilihat pada belakang paha dan betis.“Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami gejala seperti kakinya cepat penat, terasa berat dan sengal otot. Pada peringkat akhir, kulit berubah warna menjadi pucat, kering, ulser, berlaku pendarahan apabila salur darah pecah dan sel darah merah keluar daripada kulit.“Apabila kaki kurang menerima oksigen, kulit menjadi pucat dan kering. Dalam keadaan ini, calar kecil pun boleh menyebabkan ulser.

    “Yang menyedihkan ialah ada pesakit hanya berjumpa doktor apabila tidak tahan sakit akibat luka dan ulser pada kaki,” kata Dr Lee.

    Antara gejala yang sering dilaporkan ialah:

  • Salur darah menjadi besar, berwarna biru, berbelit

  • Kaki bengkak

  • Bengkak dan sakit pada betis apabila berdiri atau berjalan lama

  • Berlaku perubahan pada warna kulit, kulit kaki menjadi pucat

  • Buku lali bengkak

  • Kaki cepat letih dan alami kekejangan pada waktu malam

  • Kulit menjadi nipis dan kering

  • Keradangan

  • Ulser (peringkat akhir)

  • Pendarahan (peringkat akhir)

  • Salur darah lebih halus nampak berselirat (juga dipanggil salur darah labah-labah)

    Pengesanan dan rawatan
    Masalah urat kaki bersimpul mudah dikesan, terutama apabila anda berdiri. Doktor akan memeriksa kaki pada tempat bengkak, sakit, kulit pucat, luka atau ulser. Jika anda menunjukkan gejala urat kaki bersimpul, doktor mungkin perlu menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkannya.Ujian yang biasa dilakukan ialah imbasan ultra bunyi pada kaki untuk mengenal pasti kedudukan injap yang bermasalah.Walaupun bukan masalah serius, ia masih memerlukan rawatan awal sebaik anda menyedari kewujudan salur darah begini.
    Jika dibiarkan, kerosakan injap menyebabkan salur darah menjadi semakin besar, membuat kaki membengkak, sakit dan menjejaskan aktiviti harian.Ada beberapa kaedah mengatasi masalah ini, iaitu melalui pemakaian stokin khas (stokin tekanan), suntikan dan pembedahan.

    Bagaimanapun, pemakaian stokin khas hanya dapat meredakan gejala urat kaki bersimpul tetapi tidak menghalang proses pembentukannya.Kaedah suntikan pula hanya berkesan jika salur darah tidak terlalu besar bagi fungsi kosmetik tetapi ia tidak menghalang pembentukan urat kaki bersimpul.Pernah, kaedah yang sering dicadangkan kepada pesakit ialah pembedahan tetapi ramai pesakit bimbang dan takut apabila diberitahu mereka perlu dibedah; apatah lagi ia mengambil masa lama (dua minggu) untuk sembuh.Kini ada kaedah baru untuk merawat masalah urat kaki bersimpul iaitu rawatan laser endovenus (EVLT) yang menggunakan tenaga haba.Teknik ini lebih berkesan kerana ia menggunakan kurang tenaga haba berbanding kaedah lain yang kadangkala menyebabkan lebam dan bengkak akibat tenaga haba yang terlalu tinggi.

    “Tidak seperti pembedahan konvensional yang memerlukan pesakit bermalam di hospital, kaedah laser ini hanya mengambil masa lebih kurang sejam dan pesakit boleh balik pada hari sama.“Dalam rawatan ini, doktor mencucuk jarum pada kaki dan memasukkan satu wayar halus ke dalam salur darah yang bersimpul.
    “Selepas kedudukan wayar ditetapkan, doktor mengaktifkan laser dan tenaga haba disalurkan melalui wayar tadi. Ia secara perlahan-lahan memanaskan salur darah dan menyebabkan ia tertutup.“Apabila salur darah ini tertutup, aliran darah secara automatik beralih ke salur darah lain yang sihat. Maknanya aliran darah kembali normal.“Biasanya selepas rawatan, pesakit disaran memakai stokin tekanan untuk sekurang- kurangnya dua minggu bagi merangsang aliran darah.

    “Kadangkala kaki pesakit terasa sakit sedikit tetapi ia boleh diatasi dengan mengambil ubat untuk beberapa hari,” katanya.Kaedah ini juga boleh dilakukan pada pesakit yang mempunyai ulser dan tidak sembuh laupun sudah lama dirawat. Berdasarkan pengalamannya, selepas rawatan ulser lebih cepat sembuh kerana aliran darah pada kaki kembali normal. Malah ia juga sesuai untuk pesakit yang ada masalah jantung.Individu yang ada masalah urat kaki bersimpul tidak perlu risau kerana walaupun teknik ini agak baru di Malaysia (sekitar empat atau lima tahun) tetapi ia selamat dan berkesan (95 peratus kejayaan).Bahkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap urat yang dirawat menggunakan haba ini terbuka kembali dan menyebabkan masalah itu berulang juga tidak timbul.

    Kos rawatan untuk kaedah laser ini adalah dua kali ganda berbanding pembedahan konvensional iaitu sekitar RM6,000 hingga RM8,000 sebelah kaki.Bagaimanapun, untuk jangka panjang ia lebih murah jika diambil kira kos hospital, kesakitan dialami dan tempoh pemulihan kerana pesakit yang dirawat dengan kaedah laser cepat ‘sembuh’ dengan dan boleh berjalan dengan baik pada hari sama.

    Cara mengelakkan
    Dr Lee berkata, beberapa kaedah boleh diambil untuk mencegah masalah urat kaki bersimpul iaitu:

  • Memakai stokin tekanan ketika penerbangan jarak jauh, terutama bagi wanita hamil. Stokin ini diperbuat daripada bahan berkualiti menggunakan teknologi dari Jerman. Stokin tekanan ini berfungsi secara perlahan-lahan mengurangkan tekanan pada bahagian buku lali ke paha, sekali gus meningkatkan aliran darah secara betul ke bahagian jantung;
  • Menjaga berat badan (berat badan seimbang dengan ketinggian);
  • Kerap bersenam dan senaman yang berkala.

  • 02 Oktober 2013

    Orang Melayu menurut kata Frank Swettenham (1871)

    "The Real Malay" : Perihal Orang Melayu menurut Frank Swettenham

    Oleh : Harith Faruqi Sidek

    Dalam karya beliau yang terkenal, " Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk " The Real Malay". Naskah " Malay Sketches" in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun.
    Swettenham memulakan bab ini dengan menganjurkan bahawa untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka. Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu. Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language", selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi  British yang menentang pengenalan "Malayan Union".

    Bentuk Fizikal Orang Melayu
    Orang melayu mengikut Swettenham, mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam lurus dengan kulit sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang melayu juga digambarkan mempunyai mata yang terang.
    Keperibadian Orang Melayu
    Orang Melayu pada amnya bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah. Swettenham juga menggambarkan orang melayu bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh. Orang melayu sangat cermat dan terang hati dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari.
    Dari sudut kebersihan diri, kebanyakkan orang melayu zaman itu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas. Orang melayu juga mempunyai sikap dimana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut. Swettenham turut menyebut tentang sikap orang melayu yang memuliakan tetamu, ianya seakan  satu kewajipan bagi orang melayu, tidak kira tinggi atau rendah darjat mereka, kaya atau miskin kehidupan mereka.Orang melayu mempunyai bakat bersukan, malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan. Sebagai nelayan, orang melayu sangat berkemahiran hinggakan bermalam diatas bot sudah menjadi kelaziman.

    Keperibadian Perempuan Melayu
    Swettenham melihat wanita melayu sebagai bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita melayu juga peramah, walaupun adakalanya kuat cemburu. Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik. Wanita melayu yang dewasa juga menunjukkan citarasa mereka pada barangan mewah seperti kenderaan ( khusunya  Kuda ). Malangnya citarasa pada kemewahan dan keindahan barangan ini tidak tergambar pada kediaman mereka yang tidak teratur.

    Hal ehwal berumahtangga
    Orang melayu lelaki yang kaya sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahupun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang. Walau bagaimanapun, setelah mereka berkahwin empat, lelaki melayu sering gagal menunaikan tanggungjawab mereka keatas para isteri mereka dengan seadilnya. Menurut Swettenham lagi, orang melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga.

    Hidup Beragama
    Orang melayu adalah muslim yang taat, malah sanggup diseksa demi mempertahankan kesucian agama islam. Walaupun begitu, mereka dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama. Menurut Swettenham, orang melayu tidak minum minuman yang memabukkan serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walaupun pada zaman itu perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang bisa dikalangan masyarakat biasa dan para pemimpin. Swettenham juga mengakui, ketaatan orang melayu dalam beragama menyebabkan kebanyakkan mubaligh kristian berputus ada dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu.
    Sikap pada raja, bangsa dan Negara
    Orang melayu dari kacamata Swettenham sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka, maka tidak hairanlah jika ada pepatah melayu Biar mati anak, jangan mati adat. Orang melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. Tetapi budaya ini dilihat mulai terhakis, namun dalam beberapa keraian, ianya masih diamalkan, seperti sewaktu istiadat pertabalan raja, upacara pelantikan pegawai tinggi, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, upacara tindik telinga dan acara lain yang seumpamanya.

    Sifat Buruk orang melayu

    Dalam membicarakan perihal orang melayu, Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:

    1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
    2) Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
    3) Suka mempercayai hal yang karut marut
    4) Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
    5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan

    6) Orang melayu  adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
    7) Orang melayu tidak menghargai masa
    8) Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
    9) Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
    10) Orang melayu suka mengamok
    11) Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
    12) Orang melayu suka berpuak-puak
    13) Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal  
          perkahwinan.
    Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada diantara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur.
    Khatimah
    Namun apa yang digambarkan oleh Swettenham ini walau bagaimanapun terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau. Padangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah Malay Sketches terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham adalah pada sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak. Selain naskah "Malay Sketches"ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut menceritakan perihal orang melayu. 
    Frank Athelstane Swettenham (1850 - 1946)
    Kulit hadapan naskah "Malay Sketches" karya Frank A. Swettenham

    Halaman Prakata oleh Swettenham, juga kelihatan tarikh naskah ini dihasilkan
    Bab "The Real Malay" yang dibicarakan dalam entri ini





    Naskah "Malay Sketches" yang telah didigitasi oleh University of California, naskah digital ini boleh dicapai melalui http://archive.org/details/sketchesmalay00swetrich
    Rujukan:

    Swettenham A. Frank. 1895. Malay Sketches. London: John Lane.

    Online Version, http://archive.org/details/sketchesmalay00swetrich

    Encyclopedia of Malaysia. Frank Swettenham was one of some 40 former British empire officials who actually opposed the Malayan Union.at : http://malaysia.jbdirectory.com/Frank_Swettenham ( diakses pada 15 Julai 2012)

    Kroni Dalam Pejabat ....


     " Aku jumpa entri nih kat blog seseorang(aku tak ingat nama)....so bile aku baca dari atas kebawah memang sesuai aku jadikan bahan utk aku letak kat blog aku sekadar bahan bacaan sahaja .........bawah ini artikel pasal "KRONI DI PEJABAT"........selama aku keja ni memang aku nampak kroni2 ni semacam kuasa besar dalam pejabat ........mereka-mereka ini dah selalunya dah duduk lama dalam satu bahagian hingga bertahun2 lamanya kemana pergi turun naik pejabat senantiasa bersama-sama....bukan tu je malah dah jadi satu kumpulan "AJAIB" bila salah seorang tak datang kerja maka yg lain-lain akan berpakat utk bercuti pada waktu itu dgn alasan "tak ada kawan" .........siapa nak baca lebih lanjut silakan, silakan 
    ========================================================================
     
    Budaya Kroni atau kumpulan puak di pejabat lebih banyak mendatangkan kesan yang tidak baik dalam membina budaya ‘team-building’ di kalangan pekerja. Walaupun dari segi positifnya ianya membawa ikatan ukhwah yang mantap di antara kumpulan kroni tersebut, namun dari segi persekitaran kerja jangka panjang ianya adalah kurang baik. Budaya kroni di pejabat ini akan menyebabkan segelintir pekerja rasa terpinggir kerana dipinggirkan oleh kumpulan kroni dan kesannya membawa kepada jauhnya ukhwah silaturrahim antara pekerja dengan pekerja lain sekaligus akan menjatuhkan semangat dan motivasi pekerja. 8 jam masa bekerja dipejabat terasa seperti 24 jam bekerja jika pejabat dimonopoli oleh puak-puak (kroni) tertentu. Semua kerja dan apa jua keputusan dalam pekerjaan dimonopoli, bagi menunjukkan kekuatan kroni tersebut. Kesannya, pekerja lain akan ‘down’ dan merasakan diri mereka dalam keadaan tidak selesa bekerja. Disebabkan masa dipejabat adalah lebih lama berbanding dengan masa kita berada dirumah, seharusnya kita sama-sama menjadikan pejabat sebagai ‘syurga’ juga seperti ‘rumah ku syurga ku’. pekerja adalah aset utama dalam mempastikan organisasi kita cemerlang dalam bidang diceburi. Tanpa pekerja, organisasi tidak akan dapat beroperasi dengan sempurna.Persekitaran kerja yang harmoni disulami dengan hubungan silaturrahim yang baik dikalangan pekerja akan mengelakkan daripada wujudnya budaya kroni di pejabat. Malahan pekerja lebih akrab, tanpa membeza-bezakan diri orang lain dengan yang lain. Kerja dilaksanakan bersama-sama, malahan melaksanakan program luar bersama-sama seperti makan bersama dan menjalankan aktiviti riadah bersama-sama pekerja seharusnya dijadikan budaya. Segala-galanya dilaksanakan seperi adik-beradik dan bergaul tanpa mengira pangkat/jawatan bagi mengelakkan budaya kroni di pejabat.

    Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; 
    “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal cinta dan kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh. Jika salah satu bagian tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota badan akan merasa demam dan susah tidur”.
    (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

    Pepatah melayu ada mengatakan “Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya”. Bertuahnya dan bahagianya jika kita sampai ketahap pemikiran dan penghayatan sebenar dalam memahami budaya kerja tanpa kroni di pejabat sebaliknya bergaul bersama tanpa mengira sesiapa.Tanggapan dan andaian positif kepada seseorang amat perlu dalam menjalani hubungan silaturrahim di antara insan. Jika kita masih berfikiran negatif mengenai personaliti dan sikap seseorang, sudah semestinya budaya kroni dipejabat ini akan terus berleluasa. Oleh yang demikian, semaikan lah sikap pekerja ada aset dan insan yang amat penting dalam organisasi. Acuan taqwa, keimanan dan kasih sayang semasa pekerja perlu diadun dengan baik bagi mewujudkan budaya kerja yang harmoni tanpa kroni. Sebagai pekerja, usahalah elakkan budaya kroni dipejabat dan binalah budaya kerja yang mesra dan mendamaikan hati semua pihak.

    “Ya Allah, jauhilah budaya kroni dipejabat yang memecah belahkan hubungan sesama insan. Bersihkan lah hati-hati kami daripada dendam dan sikap pentingkan diri. Siramilah hati kami dengan kasih sayang. Sesungguhnya Engkau Ya Allah maha pengasih dan penyayang kepada hambaMU”.

    25 September 2013

    Surat Siti Hajar bt Aladin kepada Perdana Menteri


    INI LAH WAJAH SITI HAJAR BT ALADIN - WANITA YG TELAH MENULIS SURAT UNTUK PERDANA MENTERI DAN ARTIKLE YG DI TULIS DALAM BLOG NYA ITU ....dan dari surat nya itu dia memberitahu rintihan hidup sebagai rakyat Malaysia akibat dari kenaikan harga minyak .............tetapi harus di ingat kenaikan harga minyak bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia...........memang benar kata-kata wanita ini dan kita sebagai manusia harus berubah .... berubah dari segi cara hidup kita .......... berapa ratus kita habiskan duit gaji kita untuk membeli pakaian dan keperluan diri ????????? .............. kemampuan kita menggunakan handphone yang mahal-mahal adakah itu budaya hidup rakyat Malaysia ..............

    Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

    Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

    Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

    Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

    Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

    Dato Seri,

    Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

    Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

    Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

    Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
    Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
    Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
    Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
    Parking : 23 hari x RM5 = RM115
    Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
    Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
    PTPTN : RM150 (minimum)
    Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
    Ibu Ayah = RM200
    Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
    TOTAL BAKI : RM213.40

     (ULASAN TENTANG GAJI SITI HAJAR - Tentang parking kereta dan beliau tinggal di kawasan Damansara (kawasan elit)

    Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

    Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

    Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

    Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
    Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

    Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

    Terima kasih
    Ikhlas,
    Siti Hajar binti Aladin

    Ubat Penyakit Cepat Nak Sangat Nak Marahhhh .......

    MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan. Memang benar ada yang mengatakan ‘aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.’ Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.Allah s.w.t berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

    “Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

    Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.
    Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

    Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan ‘pintas’ iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

    Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi).Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang ‘membara’ akibat marah itu.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

    Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari).Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

    Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

  • Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.
  • Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.
  • Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.
  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.
  • Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.
  • Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.
  • Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.
  • Amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

  • Seorang Ibu yg ade anak lelaki ....


    Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
    Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
    Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
    Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
    Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

    1. Kaedah pesanan dan arahan.

    Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
    • Mengenai solat di awal waktu
    • Adab dengan orang tua-tua
    • Adab dengan guru
    • Adab dengan kawan-kawan
    • Tugas harian di rumah
    • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
    • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
    • Cara belajar yang berkesan
    • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
    • Keselamatan jalan raya
    • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

    2. Kaedah Bercerita

    Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

    3. Kaedah Soal jawab

    Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
    Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
    Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

    4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

    Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

    5. Kaedah nasihat dan teguran

    Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
    Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

    6. Kaedah bermain dan bergurau

    Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
    Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
    Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

    7. Kaedah latihan yang berterusan

    Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
    a. Jantina
    Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
    b. Usia
    Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
     
    Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
     
    Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail